Penyakit Parkinson
Pengenalan
Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang boleh berlaku di kalangan warga emas.Definasi:Ia disebabkan oleh kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin.
Epidemologi: Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.
Tanda & Simptom
4 Tanda dan Simptom utama:- Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)
- Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan - Rigidity)
- Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)
- Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.
Setakat ini tiada pemeriksaan makmal untuk diagnosa penyakit ini.
Komplikasi
Fizikal:- Jatuh
- Pening /Ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba.
- Sembelit
- Kesukaran penelanan (dysphagia)
- Kesukaran pertuturan (dysarthria)
- Kegagalan kawalan pundi kencing dan saluran perkumuhan
- Kudis tekanan
- Masalah emosi seperti:
- kemurungan
- keresahan
- Fungsi otak terjejas seperti:
- Ingatan
- Proses pemikiran
- Kewarasan membuat keputusan
- Pertimbangan
- Tanggapan / persepsi
- Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga
Rawatan
Rawatan Bukan Ubat-ubatanPengendalian penyakit ini melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti:
- Doktor
- Jururawat
- Jurupulih anggota
- Jurupulih bahasa dan pertuturan
- Pakar psikologi/psiakatri
- Pegawai farmasi
- Pegawai kebajikan perubatan
Rawatan Ubat-ubatan
Tiada rawatan untuk Penyakit Parkinson. Ubat-ubatan (dan pembedahan untuk kes tertentu) hanya boleh melegakan simptom.
Pencegahan
Punca sebenar tidak diketahui.Rehabilitasi
Rehabilitasi melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang adalah penting untuk pengendalian penyakit ini.Kumpulan Sokongan
- Malaysian Parkinson's Disease Association (www.mpda.org.my)
- Parkinson's Disease Society (www.parkinsons.org.uk)
- National Parkinson Foundation (www.parkinson.org)
No comments:
Post a Comment