spy pen

Wednesday, December 22, 2010

Penjagaan Gigi Palsu

Latar belakang

Gigi palsu dibuat untuk menggantikan gigi yang telah hilang. Alat ini boleh ditanggalkan dari mulut. Penjagaan gigi palsu penting untuk:
  • mengekalkan kesihatan gusi dan gigi yang masih ada.
  • mencegah nafas berbau (halitosis).

Bagaimanakah cara menjaga gigi palsu?

  • Pegang gigi palsu dengan cermat di atas semangkuk air atau kain. Berus dan keringkan gigi palsu selepas makan dan sebelum tidur.
3
  • Rendam gigi palsu dalam segelas air apabila tidak dipakai atau apabila tidur, untuk mencegah perubahan bentuk. Elakkan menggunakan air panas atau air suam. Anda juga boleh menggunakan bahan pencuci khas gigi palsu untuk merendam dan mencucinya.
  • Jangan mengubahsuai atau membaiki sendiri gigi palsu yang rosak atau retak. Bawalah gigi tersebut ke klinik pergigian yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pergigian.
  • Jangan pakai gigi palsu semasa tidur.
d

Penjagaan gigi palsu untuk golongan kurang upaya

Penjaga perlu membantu bersihkan gigi palsu mereka yang kurang upaya di bawah jagaan.

Adakah pemeriksaan mulut masih perlu?

Ya, anda masih perlu mendapatkan pemeriksaan mulut di klinik pergigian secara berkala untuk memastikan gigi palsu anda berkeadaan baik.

No comments:

Post a Comment